mk-logo
Berita
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa KL, Putrajaya, 7 negeri
Diterbitkan:  Feb 19, 2026 3:51 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan tujuh negeri sehingga 7 malam ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 2.55 petang ini memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang.

Amaran itu turut membabitkan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah bahagian pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), pantai barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau.

Kawasan yang dijangka terjejas di Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS