Hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Ketua pengarahnya, Mohd Hisham Mohd Anip, dalam kenyataan pagi ini memberitahu amaran tahap buruk dikeluarkan bagi kawasan Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada pula melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Sandakan) dan Kudat.
Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan, atau menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan.
- Bernama
