Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
ROS nafi salah laku, sangkal tuduhan MIPP
Diterbitkan:  Feb 20, 2026 7:05 PM
Dikemaskini: 11:05 AM

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menegaskan pihaknya tidak mempunyai kepentingan dengan mana-mana parti politik atau pertubuhan berdaftar.

Dalam kenyataan hari ini, ROS memaklumkan sebarang pertikaian dalaman adalah tanggungjawab pertubuhan berkenaan untuk diselesaikan mengikut perlembagaan masing-masing.

“Sehubungan itu, ROS menyangkal dakwaan salah laku oleh Malaysian Indian People's Party (MIPP) berhubung keputusan ROS mengenai isu dalaman organisasi itu.

“Segala keputusan dibuat sepenuhnya mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966, perlembagaan pertubuhan serta prosedur pentadbiran yang berkuat kuasa, perlembagaan pertubuhan berkaitan serta penelitian terhadap dokumen dan representasi yang dikemukakan,” menurut kenyataan itu.

Menurut ROS sebarang tuduhan salah guna kuasa atau pengaruh tidak wajar adalah tidak berasas dan menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

Media semalam melaporkan pengasas MIPP S Santharasekaran membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Pengarah ROS Datuk Mohd Zulfikar Ahmad atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam pengeluaran surat yang bercanggah melibatkan MIPP.

Bagaimanapun, Mohd Zulfikar hari ini dilaporkan menafikan dakwaan salah guna kuasa itu dan menyatakan tindakan ROS adalah berdasarkan hasil siasatan dan bukti berkaitan yang dikemukakan kepada pihaknya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS