Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mesyuarat menteri EU di Cyprus ditangguh selepas pangkalan UK diserang dron
Diterbitkan:  Mar 2, 2026 10:04 PM
Dikemaskini: 2:08 PM

Kerajaan Cyprus menangguhkan mesyuarat menteri Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan berlangsung pada Isnin selepas sebuah dron menyerang pangkalan tentera Britain di pulau Mediterranean itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menteri EU yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Eropah dijangka bertemu di Nicosia untuk perbincangan tidak rasmi memandangkan Cyprus kini memegang jawatan presiden bergilir EU.

“Pada awal pagi, berlaku satu insiden terpencil melibatkan sebuah UAV (dron) yang menyasarkan pangkalan Britain di Akrotiri, Cyprus, dengan kerosakan terhad,” kata jurucakap Presiden EU Cyprus.

“Dari mana UAV itu berasal masih dalam proses pengesahan, namun disahkan yang Republik (Cyprus) bukan sasaran serangan,” katanya.

Berikutan “perkembangan tidak dijangka yang malangnya menjejaskan penerbangan ke Cyprus hari ini,” mesyuarat ditangguhkan ke tarikh lain, kata jurucakap itu.

Negara anggota EU yang memegang jawatan presiden bergilir blok itu bertanggungjawab mempengerusikan mesyuarat menteri EU di Brussels dan Luxembourg, selain kerap menganjurkan pertemuan di Cyprus.

Pemimpin EU dijangka bertemu di Cyprus selama dua hari bagi rundingan pada penghujung April ini.

- Bernama-DPA


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS