Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penjawat awam Pahang dapat bantuan khas RM1,000
Diterbitkan:  Mar 4, 2026 4:24 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

Kira-kira 8,000 penjawat awam negeri Pahang akan menerima RM1,000 sebagai Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian bantuan itu bertujuan membantu penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut hari raya.

“Bantuan khas ini akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seminggu sebelum Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap pemberian itu dapat menyuntik semangat kepada warga perkhidmatan awam negeri untuk terus memberi perkhidmatan yang cemerlang sekali gus memperkukuh usaha memakmurkan negeri dan memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan.

– Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS