Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Konflik Asia Barat meruncing, Jakim anjur solat hajat Jumaat ini
Diterbitkan:  Mar 11, 2026 4:22 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan solat hajat khas untuk Keamanan Sejagat selepas solat Jumaat di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dalam kenyataan hari ini berkata solat hajat itu bagi menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan agar umat Islam menunaikan solat hajat bagi memohon keamanan dan kesejahteraan.

Beliau berkata solat hajat diadakan susulan situasi konflik yang semakin meruncing di rantau Asia Barat yang menuntut keprihatinan serta solidariti umat Islam seluruh dunia untuk terus mendoakan keamanan dan kesejahteraan sejagat.

Ia khusus ketika umat Islam kini memasuki fasa sepuluh malam terakhir Ramadan.

“Semoga doa dan munajat dipanjatkan umat Islam dalam bulan penuh keberkatan diterima Allah SWT serta menjadi asbab kepada terpeliharanya keamanan, keselamatan dan kesejahteraan sejagat,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS