Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Masuk rumah ibadat, kenalah ada adab’
Diterbitkan:  Mar 12, 2026 9:23 AM
Dikemaskini: 1:31 AM

Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh menegaskan bahawa tindakannya memakai selendang ketika menghadiri majlis di masjid atau surau adalah atas dasar menghormati adab di rumah ibadat.

Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau menyatakan rasa selesa dengan imej tersebut meskipun sering menjadi subjek kritikan pelbagai pihak.

"Dipakai dikata sekadar wayang, tanpanya pula dituduh tak hormat. 

“Apa pun asalkan hati itu tenang, hanya Tuhan sahaja Pemberi rahmat," katanya dalam ungkapan mirip pantun di media sosial.

Hannah menjelaskan bahawa sepanjang bulan Ramadan ini, dia banyak menghadiri banyak majlis berbuka puasa di institusi keagamaan Islam. 

Justeru, katanya, pemakaian selendang itu merupakan pilihannya sendiri bagi mematuhi etika berpakaian yang sesuai dengan tempat yang dikunjungi.

"Masuk rumah ibadat, semestinya ada adab. Dan saya selesa memakai selendang. Ini yang ramai tak faham," jelasnya lagi.

Itu bukan kali pertama pertama dia bertudung, minggu lepas dia turut memakai selendang dalam acara masjid di Kampung Padang Balang.

Dalam acara itu agihan zakat itu, dia turut menyumbang RM10,000 kepada Persatuan Warisan Anak-Anak Masyarakat Kampung Padang Balang bagi membantu program kebajikan dan aktiviti masyarakat.

Lima tahun lepas, pemimpin DAP beragama Kristian itu pernah dilanda kontroversi sama dengan memakai tudung di kawasan masjid.

Bagaimanapun ketika itu dia mendapat reaksi negatif daripada rakan dalam parti sendiri Boo Cheng Hau, bekas pemimpin DAP Johor, yang mendakwanya  cuba "memenangi hati orang Melayu".


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS