Cabaran debat: Salahuddin tunggu jawapan Rashid
Dewan Pemuda PAS pusat (DPP) masih menunggu jawapan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berhubung cabaran berdebat secara terbuka mengenai ketelusan pilihanraya di negara ini.
Isnin lalu lalu, Ketua DPP, Salahuddin Ayub, mencabar Abdul Rashid untuk mengadakan debat secara terbuka mengenai isu ketelusan SPR mengendalikan perjalanan pilihanraya di negara ini.
Salahuddin berkata, jika Abdul Rashid gagal menyambut cabaran tersebut, maka ia membuktikan bahawa pengerusi SPR itu "hanya berani bercakap menghentam pembangkang tetapi tidak berani bersemuka".

"Tepat sekali SPR merupakan sebuah badan yang menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN). Kata-kata Abdul Rashid berat sebelah, seolah-olah beliau bukan pengerusi SPR yang sepatutnya bebas dari pengaruh politik," katanya.
Cabaran tersebut terkandung dalam sepucuk surat yang dihantar Salahuddin ke pejabat SPR di Putrajaya. Ia diterima oleh pembantu khas pengerusi SPR itu, Jamilah Mohamed.
Ketua Pemuda PAS itu memberi tempoh seminggu kepada Abdul Rashid untuk menjawab cabaran itu.
Lanjut perkhidmatan
Ini merupakan kali kedua Salahuddin mencabar Abdul Rashid mengadakan debat terbuka. Kali pertama ialah selepas pilihanraya kecil Batu Talam di Pahang, Januari tahun lalu.
Salahuddin mendakwa, Rashid telah cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan menjadikan protes dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem pilihanraya, sebagai premis untuk mendesak pembangkang memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional.
Bagaimanapun, sehingga tempoh seminggu itu berakhir semalam, Abdul Rashid tidak menyahut cabaran tersebut.
Berikutan itu, Salahuddin berkata, beliau akan menghantar surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz untuk mendedahkan bukti penyelewengan yang dilakukan Abdul Rashid.
"Saya akan menghantar surat kepada Mohd Nazri dalam tempoh sehari dua lagi supaya kerajaan menamatkan khidmat Abdul Rashid," katanya.
Baru-baru ini kerajaan membuat pindaan perlembagaan untuk melanjutkan khidmat Abdul Rashid selama setahun lagi. Kontraknya berakhir pada 31 Disember lalu.