Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saman batal, Waytha Moorthy kena bayar Anwar RM80,000
Diterbitkan:  Mar 18, 2026 11:48 AM
Dikemaskini: 5:53 AM
2

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Anwar Ibrahim untuk membatalkan saman pemula difailkan P Waytha Moorthy bagi mencabar pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Tambun.

Hakim Alice Loke Yee Ching, ketika membenarkan permohonan itu, memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman berkenaan kerana sebarang cabaran membabitkan isu pilihan raya perlu dikemukakan melalui petisyen pilihan raya.

“Saman ini tidak dapat dipertahan atau dihujahkan... plaintif tidak mempunyai harapan untuk berjaya… oleh itu, permohonan bagi membatalkannya adalah dibenarkan,” katanya.

[Berita penuh menyusul]





Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
2
ADS