Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiga warga tempatan ditahan kerana disyaki bantu lindungi Pati di Johor
Diterbitkan:  Mar 24, 2026 4:37 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Tiga pemandu warga tempatan antara 17 individu yang ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor kerana disyaki membantu melindungi pendatang asing tanpa izin (Pati).

Tangkapan yang dilakukan dalam tempoh 24 jam pada hari ketiga Syawal itu menyasarkan individu yang menceroboh kawasan BSI tanpa kebenaran serta gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

"Tangkapan dilakukan hasil pemeriksaan rapi terhadap individu yang dikesan memasuki kawasan BSI tanpa kebenaran serta gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

"Daripada jumlah tersebut, 11 merupakan warga Indonesia, dua  warga Singapura, seorang warga Mesir, manakala tiga lagi adalah warga Malaysia yang dipercayai bertindak sebagai pemandu," kata agensi itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Pihak berkuasa turut menyita empat kenderaan di bawah Seksyen 49A Akta Imigresen 1959/63.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 55E akta berkenaan.

"Pihak berkuasa turut memberi amaran tegas kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti membawa atau melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), dengan tindakan keras termasuk pelucuthakan kenderaan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati bersubahat," tambahnya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS