Harga minyak mentah Brent naik melebihi AS$100 setong
Diterbitkan: Mar 26, 2026 5:57 PM
Harga minyak global meningkat kira-kira tiga peratus pada Khamis, dengan harga setong minyak mentah Brent melebihi AS$100 berdasarkan data dagangan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Setakat 07.43 GMT, harga niaga hadapan minyak mentah Brent bagi bulan Jun meningkat 2.86 peratus kepada AS$100.04 setong, manakala niaga hadapan WTI bagi bulan Mei meningkat 3.28 peratus kepada AS$93.28.
- Bernama-Sputnik/RIA Novosti
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/11/1a1a470b4a232b0be2bc5a6798f412ac.jpg)
