Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penemuan rangka bayi: Reman 5 suspek dilanjut 3 hari
Diterbitkan:  Mar 30, 2026 10:15 AM
Dikemaskini: 2:15 AM

Reman lima suspek berhubung penemuan rangka bayi di hadapan sebuah rumah di Kelemak pada Rabu lepas, disambung tiga hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata lanjutan reman sehingga esok itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran.

Khamis lepas, seorang remaja perempuan 19 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi itu dan teman lelakinya direman berhubung penemuan rangka yang dipercayai ditanam kira-kira empat bulan lepas.

Polis turut menahan reman tiga ahli keluarga perempuan itu, iaitu ibu, kakak dan adik lelakinya. Mereka berusia antara 16 hingga 40 tahun.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS