Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dhaka kurangkan penggunaan bahan api PM, menteri
Diterbitkan:  Apr 3, 2026 9:23 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Kerajaan Bangladesh mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 30 peratus bagi kenderaan rasmi yang digunakan oleh perdana menteri, menteri dan menteri negara sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan drastik bagi mengurangkan perbelanjaan awam semasa krisis tenaga global.

Keputusan yang dibuat dalam mesyuarat kabinet pada Khamis di Kompleks Jatiya Sangsad itu dipengerusikan Perdana Menteri Tarique Rahman. Keputusan tersebut dimaklumkan dalam taklimat media yang dianjurkan oleh bahagian kabinet hari ini, lapor United News of Bangladesh (UNB).

Mengikut keputusan itu, penggunaan bahan api bagi kenderaan kerajaan secara bulanan akan dikurangkan sebanyak 30 peratus, manakala penggunaan elektrik dan gas di pejabat kerajaan juga akan dipotong dengan kadar yang sama.

Kerajaan turut menggantung semua pembelian kenderaan, pengangkutan air, pesawat dan komputer dalam sektor awam sehingga tempoh yang ditetapkan kelak.

Menurut UNB kabinet juga membuat keputusan untuk mengurangkan perbelanjaan bagi pengindahan bangunan kediaman sebanyak 20 peratus, manakala bangunan bukan kediaman sebanyak 50 peratus.

Selain itu, pengambilan tanah juga akan ditangguhkan buat masa ini.

- Bernama/UNB


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS