Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Trump rancang peruntukan AS$1.5 trilion untuk pertahanan

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump merancang peningkatan besar dalam perbelanjaan ketenteraan, menurut draf belanjawan yang diterbitkan Rumah Putih pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Peruntukan itu dijangka melonjak kepada US$1.5 trilion dalam belanjawan 2027, menurut laporan media tempatan.

Bagi tahun kewangan semasa 2026, kira-kira US$1 trilion diperuntukkan untuk pertahanan.

Pelan belanjawan kerajaan dikemukakan kepada Kongres, berfungsi sebagai sejenis hala tuju yang menetapkan keutamaan pentadbiran.

Kongres kemudian akan memutuskan beberapa rang undang-undang belanjawan, yang perlu ditandatangani oleh presiden sebelum ia dikuat kuasa.

Trump mengumumkan pada awal tahun bahawa beliau merancang peningkatan ketara dalam perbelanjaan pertahanan.

- Bernama - dpa


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS