Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
iran dakwa tembak jatuh pesawat sokongan C-130 AS di Isfahan

Iran pada Ahad mendakwa telah menembak jatuh sebuah pesawat sokongan C-130 milik Amerika Syarikat (AS) di kawasan selatan Isfahan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pesawat itu musnah “akibat tembakan hebat oleh unit pasukan khas polis,” menurut dakwaan agensi berita separa rasmi Tasnim yang memetik kenyataan polis Iran.

Beberapa laporan awal AS di media sosial mendakwa bahawa dalam proses menyelamatkan kru kedua jet pejuang F-15 yang ditembak jatuh di Iran, tentera AS telah meletupkan pesawat mereka sendiri daripada membiarkannya “jatuh ke tangan Iran.”

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh AS berhubung dakwaan Iran itu.

Ketegangan serantau semakin memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ali Khamenei.

Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, selain Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS. Iran turut mengehadkan pergerakan kapal melalui Selat Hormuz.

- Bernama - Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS