Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penjawat awam maut terjatuh dari hotel
Diterbitkan:  Apr 13, 2026 7:02 PM
Dikemaskini: 11:02 AM

Seorang lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah hotel di Taman Sejati Indah di Sungai Petani, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata mangsa merupakan seorang penjawat awam berusia berusia 50-an dan dipercayai penduduk tempatan.

"Polis menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian pada 9.10 pagi tadi.

"Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hanyan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS