Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemain beregu Muhammad Haikal nafi hantar surat keluar BAM

Pemain beregu lelaki negara Muhammad Haikal Nazri menafikan dakwaan akan ‘mengangkat kaki’ daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Muhammad Haikal ketika dihubungi Bernama hari ini berkata fokusnya kini ialah untuk membentuk gandingan mantap bersama pasangan baharunya Bryan Goonting.

“Saya tidak hantar surat untuk keluar BAM. Fokus saya ialah bersama pasangan baharu dan kami akan sertai Terbuka Thailand,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Muhammad Haikal telah menghantar surat perletakan jawatannya daripada skuad kebangsaan.

Untuk rekod, sepanjang karier Muhammad Haikal sudah mengumpul tiga gelaran siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ketika berpasangan dengan Choong Hon Jian.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS