Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Inflasi Malaysia meningkat 1.7 peratus pada Mac 2026 - DOSM

Inflasi Malaysia meningkat 1.7 peratus pada Mac 2026, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan 136.4 berbanding 134.1 pada tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan inflasi itu didorong terutamanya oleh kumpulan pengangkutan yang meningkat kepada 1.6 peratus berbanding -0.7 peratus pada Februari 2026.

Selain itu, kenaikan turut dicatatkan dalam kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial serta pelbagai barangan dan perkhidmatan lain, yang meningkat kepada tujuh peratus berbanding 6.9 peratus pada bulan Februari 2026.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS