Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dewan Rumah Putih perlu dilengkapi tahap keselamatan tertinggi - Trump
Diterbitkan:  Apr 27, 2026 1:16 PM
Dikemaskini: 5:16 AM

Presiden AS Donald Trump pada Ahad berkata sebuah dewan bertaraf “rahsia ketenteraan tertinggi” atau “militarily top secret” diperlukan bagi mencegah insiden tembakan seperti yang berlaku pada majlis makan malam yang dihadirinya, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Insiden tembakan berlaku di Hotel Washington Hilton ketika Majlis Makan Malam Persatuan Wartawan Rumah Putih yang turut dihadiri Trump dan isterinya, Melania.

Pihak berkuasa segera menahan suspek, manakala seorang ejen Perkhidmatan Rahsia mengalami kecederaan.

“Insiden ini tidak akan berlaku dengan adanya Dewan Utama berstatus Rahsia Ketenteraan Tertinggi yang kini sedang dibina di Rumah Putih,” tulis Trump di Truth Social.

Presiden itu berkata pembinaan dewan berkenaan perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Trump, seorang ahli perniagaan yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam membina pelbagai kemudahan daripada kelab golf hingga bangunan pencakar langit, berulang kali menyatakan bahawa Rumah Putih kekurangan ruang untuk acara besar.

Beliau berkata sebuah dewan bernilai US$200 juta akan dibina bersebelahan kediaman rasmi itu.

- Bernama - Sputnik / Ria Novosti


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS