Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri luar minta rakyat tak terpedaya Facebook palsu 'Tokmat Hasan'

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan meminta orang ramai berwaspada dan tidak terperdaya dengan akaun Facebook palsu “Tokmat Hasan” yang menggunakan gambar beliau.

Timbalan Presiden UMNO itu meminta orang ramai hanya merujuk saluran dan akaun media sosial rasmi beliau bagi mengelakkan kekeliruan.

“Akaun yang menggunakan nama Tokmat Hasan ialah akaun palsu dan tiada kaitan dengan saya. Orang ramai diminta berwaspada dan hanya merujuk saluran sah,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau berkata media sosial rasminya di Facebook menggunakan nama Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Instagram mohamadhjhasan dan TikTok TokMat@mohamadhjhasan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS