Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Diplomat tertinggi Iran, EU bincang usaha gencatan senjata
Diterbitkan:  May 2, 2026 8:21 PM
Dikemaskini: 12:21 PM

Menteri Luar Iran Abbas Araghchi dan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Kaja Kallas membincangkan perkembangan terkini berhubung rundingan damai Tehran–Washington, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Araghchi memaklumkan kepada Kallas mengenai pendirian dan inisiatif terkini Iran yang bertujuan menamatkan “perang” serta mewujudkan keamanan berkekalan di rantau itu, menurut kenyataan Kementerian Luar Iran.

Kallas pula menyuarakan kebimbangan terhadap implikasi keselamatan dan ekonomi susulan ketegangan serantau yang berterusan di rantau berkenaan serta menegaskan semula pendirian berprinsip Kesatuan Eropah yang menyokong laluan diplomatik ke arah keamanan dan keselamatan mampan, menurut kenyataan itu.

Tiada butiran lanjut mengenai perbualan itu didedahkan setakat ini.

-Bernama - Mna


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS