Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Loke sifatkan dakwaan Chegubard sebagai fitnah besar
Diterbitkan:  May 5, 2026 5:44 PM
Dikemaskini: 9:44 AM

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke hari ini menyifatkan dakwaan mengaitkan beliau dengan pemberian dana dalam jumlah besar kepada entiti yang didakwa sebagai haram dan mengaitkan perkara itu dengan kemelut institusi diraja di Negeri Sembilan sebagai fitnah besar.

Beliau berkata laporan berhubung perkara itu juga telah dibuat oleh Setiausaha Politiknya, Ho Weng Wah semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

“Dia (Chegubard) cuba mengaitkan saya (dengan) mengatakan saya memberikan dana kepada pihak-pihak yang cuba membuat kacau ataupun mengeruhkan keadaan institusi undang di Negeri Sembilan... ini satu fitnah besar," katanya.

Badrul Hisham Shaharin

Loke berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan pas MyKLIA Monthly TravelCard dan MyPutrajaya Monthly TravelCard di KLIA Ekspres dan KLIA Transit di KLIA Terminal 2 di Sepang hari ini.

Menteri Pengangkutan itu berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan polis yang dibuat Ho terhadap Chegubard, atau Badrul Hisham Shaharin, susulan satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban, berkata DAP kekal menyokong kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun dan tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk menukar Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS