Keluarga: Uthayakumar hadapi risiko diserang sakit jantung
Pemimpin Hindraf, P Uthayakumar yang telah dimasukkan ke hospital selepas menyertai mogok lapar, kini berdepan dengan kemungkinan diserang sakit jantung, kata tunangnya hari ini.
Uthayakumar, yang membantah penahanannya di bawah ISA bersama empat lagi aktivis Hindraf, telah dibawa ke hospital dari kem tahanan Kamunting di Peak semalam, selepas mengalami 'dehydration' dan sakit dalam perut.
Tunangnya, Indra Devi Subramanian berkata, Uthayakumar digari ke katil hospital walaupun dalam keadaan begitu lemah selepas tidak makan sejak Isnin lalu.

"Ujian darah menunjukkan kandungan potasium terlalu tinggi dan mendedahkannya kepada kemungkinan serangan jantung. Beliau juga mengalami gastrik dan kesukaran bernafas," kata Indra kepada AFP.
Indra berkata, Uthayakumar - yang ditahan di Kamunting sejak Disember lalu selepas membantu menganjurkan perhimpunan membantah diskriminasi dan peminggiran kaum India pada 25 November - dikawal rapi.
"Mereka melayannya seperti seorang penjenayah, walaupun terbaring di katil. Beliau tidak berdaya untuk bergerak kerana sebelah tangannya dimasukkan air manakala sebelah lagi digari di katil," katanya.
"Terdapat lapan hingga 10 anggota polis mengawalnya 24 jam di dalam dan di luar bilik," katanya.
Teruskan mogok
Bagaimanapun, katanya, Uthayakumar komited untuk meneruskan mogok lapar itu yang akan berakhir Isnin depan.
Empat aktivis Hindraf yang ditahan di bawah ISA bersamanya, juga mengadakan mogok lapar bersama-sama berpuluh orang penyokong mereka di seluruh negara, kata penganjur.
ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri itu membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara dan aktivis hak asasi manusia tidak jemu-jemu mendesak kerajaan memansuhkannya.
Kaum India, yang merupakan 8 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia, mengadu mereka telah didiskriminasi dari segi peluang ekonomi, pendidikan dan pekerjaan.
Manakala 60 peratus penduduk Malaysia adalah Melayu-Islam, yang turut menguasai kerajaan. Kaum Cina yang kedua terbesar (26 peratus) menguasai bidang perniagaan.