Lagi perebutan mayat: Lelaki Cina dikebumi di perkuburan Islam
Seorang lelaki Cina telah dikebumikan mengikut Islam selepas pihak berkuasa agama Islam berkata beliau telah memeluk agama Islam, demikian menurut seorang anaknya hari ini.
Polis mengambil mayat Gan Eng For, yang meninggal dunia ketika berusia 74 tahun, selepas anak lelaki sulungnya yang telah memeluk Islam, berkata bapanya juga turut memeluk Islam tahun lalu.
Manakala anggota keluarganya yang lain yang beragama Buddha berkata Gan tidak mungkin telah memeluk Islam kerana beliau telah nyanyuk dan lumpuh selepas diserang angin ahmar.

"Nak angkat tangan atau bercakap pun dia tidak larat," kata anak lelakinya Gan Hock Sin, 42, kepada AFP.
"Adalah mengejutkan bila pihak berkuasa agama Islam berkata beliau telah membaca beberapa ayat ketika dia memeluk Islam tahun lalu," katanya.
Perebutan tersebut - kes terbaru di Malaysia - berlaku tidak lama selepas mahkamah mengarahkan mayat wanita Kristian dipulangkan kepada keluarganya selepas pihak berkuasa agama Islam mendapati dia tidak memeluk Islam.
Gan tidak puashati dengan tindakan pihak berkuasa agama Islam yang mengkebumikan bapanya di perkuburan Islam atas arahan mahkamah syariah itu.
"Mereka zalim terhadap ibu saya dan keluarga saya. Kami tidak dapat melihat mayatnya sebelum beliau dikebumikan. Kerajaan tidak adil," katanya.
"Sebelum bapa saya meninggal dunia, beliau meminta ibu saya supaya mengkebumikannya mengikut agama Kristian," tambahnya.