Peguam kanan Robert Lazar hari ini menafikan bahawa beliau pernah meminta bantuan Datuk VK Lingam supaya dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada awal tahun 2000.

Lazar memberitahu suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam pagi tadi bahawa beliau tidak pernah bercakap dengan Lingam mengenai perkara tersebut, walaupun Lingam mendakwa demikian.

ingam tape royal commission hearing 240108 robert lazar Menjawab soalan, Lazar berkata, mungkin terdapat tiga sebab mengapa Lingam membuat dakwaan tersebut.

“Beliau mahu mengaib dan memalukan saya. Kedua, ia mungkin satu percubaan untuk membatalkan saya daripada mewakili Majlis Peguam dalam siasatan terhadapnya.

“Dan ketiga, hanya untuk mengalihkan perhatian," katanya.

Dalam keterangannya semalam, Lingam berkata, Lazar telah memintanya bercakap dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau (Lazar) dilantik terus ke Mahkamah Rayuan.

Dakwaan Lingam itu telah mengejutkan barisan peguam Majlis Peguam dalam siasatan tersebut.

Lazar, 51, dari syarikat guaman Shearn Delamore & Co, berkata tuduhan leh Lingam itu tidak benar dan berasas.

"Saya difahamkan kejadian itu berlaku pada 2000. Pada masa itu, saya erumur 43 tahun dan saya mempunyai pengalaman 23 tahun dalam bidang uaman. Tidak ada sebab bagi saya meninggalkan kerjaya guaman saya untuk enjadi Hakim Mahkamah Rayuan," katanya.

Lazar dibenarkan memberi keterangan hari ini bagi menjawab dakwaan Lingam itu.

Ketika ditanya oleh wakil Badan Peguam Yeo Yang Poh sama ada beliau dan ingam minum bersama selepas satu kes mahkamah, Lazar berkata beliau tidak ernah minum bersama Lingam selepas kes mahkamah atau di mana saja.

Ketika ditanya oleh R Thayalan, peguam yang mewakili Lingam sama ada beliau pernah minum bersama Lingam di Restoran Sembang di bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara tersebut, Lazar berkata beliau tidak pernah minum bersama Lingam.

Malah, katanya, beliau tidak pernah berbincang dengan Lingam mengenai perkara tersebut.