Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah memberitahu hari ini bahawa beliau tidak suka pada Tun Eusoff Chin, tetapi beliau tidak membencinya.

Sebabnya, kata beliau, ialah kerana Eusoff didakwanya telah berbohong mengenai anugerah Tan Sri kepadanya (Mohamed Dzaiddin).

Katanya, ia mengambil masa lama untuk beliau menerima anugerah bintang kebesaran itu.

dzaiddin Mohamed Dzaiddin memberitahu demikian dalam keterangannya kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video peguam Datuk VK Lingam yang didakwa mengatur pelantikan hakim-hakim.

Sebahagian daripada perbualan Lingam dalam klip video tersebut menunjukkan hubungan kurang baik antara Eusoff dan Mohamed Dzaiddin.

Mohamed Dzaiddin menggantikan Eusoff sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 2000, dan memegang jawatan tersebut sehingga persaraannya pada 2003.

Semalam, Eusoff dalam keterangannya menafikan hubungannya dengan Mohamed Dzaiddin tidak baik.

Eusoff juga menafikan wujudnya 'puak-puak' dalam badan kehakiman sewaktu beliau menjadi Ketua Hakim Negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS