Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TM tegaskan tidak toleransi salah laku, bekerjasama rapat dengan DOJ AS
Diterbitkan:  May 20, 2026 1:53 PM
Dikemaskini: 5:53 AM

Telekom Malaysia Bhd (TM) akan terus memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berhubung bekas pekerja TM USA Inc.

Menurut syarikat telekomunikasi itu dalam kenyataan hari ini, pihaknya sebelum ini telah memulakan siasatan sendiri berikutan mengesyaki wujud salah laku oleh individu tersebut, yang membawa kepada pemecatan mereka.

“Maklumat daripada siasatan itu kemudiannya dikongsi dengan pihak berkuasa yang berkaitan. Perkara itu kini berada di bawah bidang kuasa DOJ dan mahkamah AS,” menurutnya.

TM memaklumkan syarikat mematuhi standard tadbir urus dan pematuhan yang ketat serta tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk salah laku.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS