Angka kematian di Gaza cecah lebih 72,000
Diterbitkan: May 23, 2026 9:15 PM
Angka kematian di Semenanjung Gaza mencecah 72,783 sejak permulaan pencerobohan Israel pada Oktober 2023, dengan majoriti mangsa ialah wanita dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), memetik sumber perubatan.
Sekurang-kurangnya 172,779 yang lain turut cedera.
Angka berkenaan bukan jumlah yang tepat, memandangkan ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, tidak dapat diakses oleh ambulans dan krew penyelamat, menurut WAFA. .
Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Ok 2025, jumlah mereka yang terbunuh dan cedera masing-masing mencecah 890 dan 2,677. Sekurang-kurangnya 776 mayat turut ditemui di bawah runtuhan.
- Bernama-Wafa
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/10/677e4118e66cdb78770d6de54e221574.jpg)
