Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Reman suspek kes tikam wanita di Alor Setar disambung

Reman terhadap suspek kes tikam seorang wanita dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah di Alor Setar, disambung hingga Rabu ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata reman terhadap suspek disambung selepas tempoh reman tujuh hari bermula 18 Mei lepas tamat hari ini.

“Mangsa pula berada dalam keadaan stabil dan sudah sedar (masih dirawat di hospital),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun cedera parah pada leher dipercayai ditikam seorang lelaki berusia 32 tahun, yang dikenalinya di hadapan sebuah restoran pada 9.19 malam, 17 Mei lepas.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Syed Basri berkata suspek yang cuba menculik seorang pelajar perempuan tingkatan dua di Pekan Simpang Kuala, dekat sini pada 13 Mei lepas masih belum ditahan.

Dalam kejadian pada 8.26 malam itu, pelajar perempuan itu berjaya menyelamatkan diri daripada cubaan culik oleh seorang lelaki bermotosikal di lorong berhampiran pusat tuisyen.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS