Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Agong zahir pandangan pembangunan KL
Diterbitkan:  Jun 4, 2026 10:56 AM
Dikemaskini: 2:56 AM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan pandangan dan nasihat yang konstruktif berhubung hala tuju pembangunan Kuala Lumpur dengan menekankan kepentingan tadbir urus berkesan, penyampaian perkhidmatan yang cekap serta usaha berterusan untuk meningkatkan taraf hidup warga kota.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan rakyat serta pembangunan yang seimbang agar setiap perancangan dan pelaksanaan dasar memberikan manfaat menyeluruh kepada masyarakat.

Perkara itu dizahirkan Yang di-Pertuan Agong ketika berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh di Istana Negara, hari ini.

“Sultan Ibrahim turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai Reformasi Kuala Lumpur oleh YB (Yang Berhormat) Hannah Yeoh yang merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan dan perancangan bandar,” menurut hantaran itu.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Muhammad Azmi Mohd Zain dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Fadlun Mak Ujud.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS