Kutipan kuil Batu Caves sempena perayaan Thaipusam tahun ini telah merosot kira-kira RM800,000 berbanding kutipan yang diperolehi tahun lalu.
Pengerusinya, R Nadarajah memberitahu semalam bahawa kuil itu mengutip RM1.04 juta dari sumbangan dan sumber-sumber lain sepanjang tiga hari sambutan perayaan Thaipusam tahun ini.
Kuil tersebut mengutip sebanyak RM1.8 juta sewaktu perayaan Thaipusam tahun lalu.