Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nenek cedera parah dipukul cucu dengan tukul besi
Diterbitkan:  Jun 20, 2026 11:40 AM
Dikemaskini: 3:40 AM

Seorang nenek cedera parah selepas dipercayai dipukul cucunya menggunakan tukul besi dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kuala Abang, Dungun, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Nik Ab Halim Nik Mat, berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.55 petang.

Katanya siasatan awal mendapati, wanita berusia 79 tahun itu menghalang cucu lelakinya berusia 25 tahun – yang tinggal bersamanya – untuk keluar rumah sebelum berlaku pertengkaran.

“Suspek dipercayai menolak sebelum memukul mangsa menggunakan tukul besi sehingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ab Halim berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan lanjut dan keadaan mangsa dilaporkan stabil.

Tambahnya polis menahan suspek yang memiliki kad pesakit mental bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, manakala tukul besi yang digunakan dalam kejadian itu turut dirampas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS