Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Misteri penemuan mayat wanita dalam bagasi, polis siasat kes bunuh
Diterbitkan:  Jun 29, 2026 1:03 PM
Dikemaskini: 5:03 AM

Mayat seorang wanita tanpa dokumen pengenalan diri ditemukan di dalam bagasi di sebuah unit pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang, Selangor malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata polis menerima laporan penemuan mayat itu pada 8.37 malam sebelum sepasukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati satu mayat perempuan ditemukan di dalam sebuah bagasi di ruang tamu rumah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Naazron berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Nur Ayuni Aziz menerusi talian 016-2080717 atau talian kecemasan 999 untuk membantu siasatan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS