Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Letupan dilaporkan di beberapa kawasan di selatan Iran

Beberapa letupan dilaporkan berlaku awal Rabu di beberapa kawasan di selatan Iran, menurut media kerajaan Iran.

Anadolu Ajansi memetik televisyen kerajaan Iran melaporkan enam letupan berlaku di bandar pelabuhan selatan Bandar Abbas.

Agensi Berita Fars Iran pula melaporkan 10 letupan kedengaran di bandar Sirik, selatan negara itu, manakala empat lagi letupan dilaporkan di Kampung Misin di Pulau Qeshm.

Tiada kematian, kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini.

Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) berkata pihaknya telah mula melancarkan siri serangan terhadap Iran sebagai tindak balas terhadap dakwaan serangan Iran ke atas tiga kapal komersial yang melalui Selat Hormuz.

CENTCOM berkata serangan itu bertujuan mengenakan “tindakan balas yang keras” terhadap Iran, sambil menuduh Tehran menyasarkan kapal komersial di laluan perairan antarabangsa dan melanggar gencatan senjata, lapor Anadolu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS