Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mengumumkan calon masing-masing bagi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Presiden ASLI Rashid Ka ASLI berkata parti itu menamakan Dayana Dal, 40, bertanding di kerusi DUN Jeram Padang.
Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan pula mengumumkan aktivis masyarakat S Tinagaran, 49, sebagai calon di DUN Rahang.
Sementara itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Amira Aisya Abdul Aziz memaklumkan parti itu tidak akan bertanding pada PRN Negeri Sembilan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRN Negeri Sembilan pada Sabtu ini, diikuti pengundian awal 28 Julai dan hari pengundian 1 Ogos.
- Bernama
