Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan terus membongkar isu-isu berkaitan Felda sebaik sahaja selesai meneliti penyelewengan membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH).
Bercakap di Melaka hari ini, Presiden PKR itu menjelaskan isu tersebut mendapat perhatian dan penekanan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dalam pertemuan dengan baginda baru-baru ini.
Tambah Anwar, Sultan Ibrahim memang mahu siasatan terhadap isu-isu berkaitan institusi milik rakyat tidak terhenti setakat TH saja.
“Agong pada minggu lalu maklum kepada saya, ‘Perdana menteri, jangan berakhir dengan TH sahaja, teruskan.
“Agong (juga) tanya siapa jaga Felda sekarang. Saya jawab, saya. Maka (titah baginda) ‘selesai Tabung Haji, bongkar Felda (pula),” katanya.
Anwar yang juga perdana menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres Nasional PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
Anwar berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan atau mengambil harta rakyat.
Dia berkata tindakan penguatkuasaan perlu diambil dengan segera terhadap pihak yang terbabit dalam penyelewengan.
“Arahan (yang diberikan ialah), ambil tindakan sepantas mungkin,” katanya.
“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong minggu lalu memaklumkan kepada saya: ‘Perdana menteri, jangan berakhir dengan Tabung Haji sahaja, teruskan.’
“Agong (juga) tanya siapa jaga Felda sekarang. Saya jawab, saya. Maka (titah baginda) ‘selesai Tabung Haji, bongkar Felda (pula),” katanya.
Anwar yang juga perdana menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres Nasional PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
Anwar berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan atau mengambil harta rakyat.
Dia berkata tindakan penguatkuasaan perlu diambil dengan segera terhadap pihak yang terbabit dalam penyelewengan.
“Arahan (yang diberikan ialah), ambil tindakan sepantas mungkin,” katanya.
Memang mahu dedah awal
Mengulas polemik berhubung pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH, Anwar berkata isu berkenaan berlaku sebelum dia menjadi perdana menteri lagi.
Bahkan apabila laporan itu disiapkan pun, kata Anwar, dia belum menjadi perdana menteri.
“Bukan perkara baru. (Penubuhan) RCI Tabung Haji itu sebelum saya jadi perdana menteri. Laporannya siap (juga) sebelum saya jadi perdana menteri.
“Jadi, salah saya apa? Salah saya (ialah) kenapa tak dedahkan awal.
“Saya nak terangkan, kalau tanya saya, saya akan pilih untuk dedahkan awal,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Anwar, TH memaklumkan ketika itu bahawa pendedahan awal boleh memberi risiko kepada institusi berkenaan.

Untuk rekod, RCI terkait TH itu diputuskan penubuhannya oleh kabinet pada Julai 2021. Muhyiddin Yassin merupakan perdana menteri ketika itu.
Suruhanjaya itu kemudian mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menjadi Agong ketika itu.
Pelantikan rasmi anggotanya dibuat pada 20 Jan 2022 ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, dengan bekas Ketua Hakim Negara, Mohamed Raus Sharif sebagai pengerusi.
Laporan RCI itu disiapkan pada 2022, dengan laporan ditandatangani Raus pada 19 Julai tahun tersebut.
Bagaimanapun, laporan berkenaan hanya didedahkan kepada umum pada 29 Julai 2026 selepas Jemaah Menteri mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkannya.
