Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng umum barisan exco negeri
Diterbitkan:  Mar 13, 2008 2:55 PM
Dikemaskini: 10:42 AM

lim guan eng Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan barisan exco kerajaan negeri, dengan beliau sendiri memegang portfolio pembangunan industri dan perdagangan antarabangsa, hal ehwal tanah dan pembangunan tanah.

Timbalan Ketua Menteri pertama Mohammad Fairus Khairuddin pula dilantik memegang portfolio mengenai hal ehwal agama, pembangunan keusahawanan dan koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat.

Timbalan Ketua Menteri kedua Dr P Ramasamy dilantik memegang portfolio perancangan ekonomi negeri, pendidikan dan sumber manusia, sains, teknologi dan innovasi.

Lim memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas majlis angkat sumpah dua timbalan ketua menteri dan lapan anggota Exco negeri di Pulau Pinang.

bm version 2008 penang state exco lineup Mereka mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang.

Lapan lagi ahli exco negeri yang mengangkut sumpah hari ini ialah:

bullet button Adun Air Itam Wong Hon Wai dilantik memegang portfolio Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa.

bullet button Satu-satunya anggota Exco wanita, Adun Berapit Ong Kok Foi, memegang portfolio Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.

bullet button Adun Bagan Jermal Lim Hock Seng pula memegang portfolio Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air dan Telekom) serta Pengangkutan (Udara, Laut dan Keretapi).

bullet button Adun Bukit Tambun Law Heng Kiang bertanggungjawab bagi Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

bullet button Phee Boon Poh pula memegang portfolio Kesihatan dan Kebajikan, dan Masyarakat Penyayang.

bullet button Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota, Chow Kon Yewo pula dilantik memegang portfolio kerajaan tempatan, pengurusan lalulintas dan alam sekitar.

bullet button Wakil PKR, Adun Batu Maung Abdul Malik Kassim menjadi anggota Exco bagi Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

bullet button Wakil PKR, Adun Bukit Tambun Law Choo Kiang merupakan anggota Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembanguan Luar Bandar dan Tebatan Banjir.

ADS