Ketua Pemuda MCA Puchong, Datuk Theng Book didakwa membuat kenyataan negatif terhadap pucuk pimpinan parti itu kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon dalam pilihanraya umum lalu.

Ketua Pemuda MCA pusat, Datuk Liow Tiong Lai berkata kenyataan Theng baru-baru ini termasuklah mendakwa 30 peratus ahli akan keluar parti jika Datuk Seri Ong Ka Ting enggan melepaskan jawatan presiden.

theng book Dalam kenyataan hari ini, Liow yang juga menteri kesihatan, menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak berasas sama sekali.

Theng juga merupakan penasihat perundangan di jabatan aduan dan perkhidmatan awam MCA pusat.

Liow berkata, Theng sudah lama bersama parti "dan kemarahan beliau itu semata-mata kerana beliau tidak dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum baru-baru ini".

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa Pemuda MCA berdiri teguh di belakang Datuk Seri Ong Ka Ting dalam usahanya untuk menerajui parti melalui masa-masa yang sukar sekarang.

liow tiong lai "Sekiranya ada mana-mana pemimpin atau ahli parti yang mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kebaikan parti, mereka boleh mengemukakan pandangan mereka itu melalui saluran parti yang betul," kata Liow.

Beliau turut menggesa semua ahli parti supaya menunjukkan disiplin dan ketaatan dengan tidak membuat tuduhan terhadap satu sama lain.