Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Beras: Fomca syor empat tindakan
Diterbitkan:  May 13, 2008 12:48 PM
Dikemaskini: 5:30 AM

Bekalan beras yang mencukupi dan harga yang berpatutan haruslah berada dalam satu mekanisme bersepadu bagi memastikan krisis makanan ruji negara ini tidak menjadi semakin parah, kata Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Mengulas pengumuman perdana menteri malam tadi, setiausaha agung gabungan itu Muhammad Sha'ani Abdullah berkata langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan "tidak akan membawa perubahan yang memanfaatkan pengguna" tanpa mekanisme bersepadu.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan langkah-langkah berikut selepas satu mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi semalam:

bullet button Mengekalkan beras Super Tempatan 15 peratus sebagai beras yang dikawal harga antara RM1.65/kg hingga RM1.80/kg mengikut zon;

bullet button Mengapungkan harga beras import termasuk beras Putih Thai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak;

bullet button Membenarkan pemindahan padi di antara negeri-negeri secara berperingkat;

bullet button Menaikkan Harga Minimum Terjamin (GMP) daripada RM650 satu tan metrik kepada RM750/tan metrik.

Selain langkah-langkah ini, dalam kenyataannya lewat malam tadi, Fomca mencadangkan empat tindakan tambahan seperti berikut:

bullet button Memastikan bekalan yang mecukupi pada gred dan harga yang berpatutan dengan menentukan struktur harga yang menetapkan margin keuntungan yang sama rata bagi pelbagai gred, menggalakkan pengeluar menghasilkan gred-gred mengikut permintaan pasaran.

bullet button Menentukan kuantiti gred-gred yang dikeluar dan dipasarkan menepati keperluan golongan pengguna yang memerlukan melalui kajian pasaran dari segi keperluan dan taburan keperluan supaya tiada golongan pengguna terpinggir.

bullet button Menguruskan satu mekanisme penentuan harga di peringkat runcit kerana kuasa-kuasa pasaran dalam keadaan pasaran berkrisis tidak dapat menentukan tahap harga runcit yang berpatutan supaya peningkatan harga yang keterlaluan akan mempengaruhi permintaan penanam padi tempatan untuk kenaikan harga padi yang tiada hubung kait.

bullet button Melaksanakan peraturan-peraturan kawal selia padi dan beras serta penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu berhubung bekalan beras terhadap kegiatan penyeludupan dan penahanan bekalan dari aliran pasaran untuk tujuan memanipulasi harga.

ADS