Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
30 Anaconda mati kerana cuaca, kuman
Diterbitkan:  Aug 13, 2008 5:57 PM
Dikemaskini: 11:07 AM

Kematian 30 ekor ular sawa jenis Anaconda di Hutan Lipur dan Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan akibat pemakanan yang

tidak sesuai, laluan air dalam sangkar dan jangkitan kuman.

Taman Ular Sawa negeri itu yang mula dibuka kepada orang ramai sejak Mac lepas mungkin ditutup selama dua bulan bagi tujuan membaik pulih sangkar ular serta mengenal pasti spesies yang sesuai dengan cuaca tempatan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor dilaporkan berkata punca kematian itu hasil kajian oleh pakar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai kematian ular sawa import itu dan menjelaskan jumlahnya bukan 70 ekor.

"Angka yang dilaporkan itu adalah tidak tepat kerana pihak pengurusan taman hanya membeli 58 ekor ular sawa dan 30 daripadanya telah mati disebabkan pelbagai punca.

"Lima daripada 28 ekor ular sawa yang masih terdapat di taman itu telah dikuarantin di UPM," katanya, lapor Bernama .

Satu jawatankuasa khas terdiri dari Jabatan Perhilitan, Jabatan

Perhutanan, Majlis Daerah Kuala Pilah, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Unit Penggalak Pelancongan Negeri, Majlis Tindakan Perlancongan Negeri dan pakar-pakar UPM akan ditubuhkan bagi memastikan kejadian itu tidak berulang, di samping meningkatkan potensi taman itu agar menjadi pusat pelancongan utama negeri ini.

ADS