Kes buli meningkat sebab ramai tampil buat laporan – Fadhlina
PARLIMEN | Peningkatan kesedaran serta kesediaan mangsa, saksi dan pentadbir sekolah melaporkan kejadian buli merupakan antara faktor yang mendorong peningkatan kes buli yang direkodkan di seluruh negara tahun ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Fadhlina ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat petang ini berkata Kementerian Pendidikan (KPM) merekodkan 5,681 kes buli dari Januari hingga Ogos tahun ini.
Menurutnya, angka itu turut mencerminkan perubahan sikap apabila kejadian buli tidak lagi disembunyikan semata-mata untuk menjaga reputasi sekolah.
"Perubahan landskap pelaporan ini juga berlaku secara mendadak semenjak pewartaan dan penguatkuasaan Akta Anti-Buli 2026.
"Kita juga melihat bahawa siasatan dan juga laporan lengkap dan tindakan tatatertib dibuat berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang sedia ada,” katanya.
Perhatian masyarakat terhadap isu buli di sekolah semakin meningkat susulan kematian pelajar perempuan berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, pada Julai tahun lalu.
Lima remaja yang dituduh membuli kemudian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu pada bulan berikutnya.
Bulan lalu, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah asrama di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun tidak lama kemudian.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/50d7ce66cac16b05810adb28cbf5aeaa.jpg)
Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, kemudian memberitahu New Straits Times bahawa lima pelajar tampil mendakwa mereka turut dibuli oleh suspek.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata kementeriannya akan meningkatkan peruntukan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) kepada RM15 juta pada 2027, berbanding RM5 juta tahun ini dan RM3 juta pada 2025.
Menurutnya, kamera itu akan dipasang di lokasi berisiko tinggi, termasuk kawasan terlindung daripada pandangan, koridor, bilik stor dan blok asrama, berdasarkan nasihat teknikal daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun, fadhlina mengingatkan bahawa pemasangan CCTV semata-mata tidak mencukupi untuk menangani masalah buli.
"CCTV tidak menghalang kejadian dan dia hanyalah merekodkan kejadian.
"Tapi ia masih penting menjadi sebahagian daripada permintaan paling tinggi oleh komuniti dan ibu bapa," katanya.
Menurutnya antara langkah lain yang diambil bagi menangani isu buli termasuk meningkatkan bilangan penolong warden asrama yang menjalankan rondaan malam daripada 300 orang tahun ini kepada 500 orang pada 2027.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/10/9e8d644630d55407e01b3db0f18426f1.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.