Telefon jadi mata-mata? Jerman beri amaran ancaman pengintip
Pejabat Persekutuan bagi Keselamatan Maklumat Jerman (BSI) memberi amaran kepada ahli parlimen dan pegawai kerajaan mengenai kemungkinan ancaman perisian pengintip (spyware), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Amaran itu dikeluarkan selepas Apple mengeluarkan notis keselamatan kepada pengguna iPhone yang peranti mereka mungkin telah diceroboh.
Menteri Digital Karsten Wildberger memberitahu penyiar ARD bahawa BSI bertindak pantas dengan menghubungi individu yang terjejas serta memberikan panduan mengenai langkah keselamatan bagi melindungi peranti masing-masing.
“Pada peringkat ini, sebarang andaian mengenai apa sebenarnya yang berlaku masih bersifat spekulasi.
"Kita perlu menunggu perkembangan selanjutnya,” kata beliau.
Wildberger berkata beliau tidak semestinya mengaitkan insiden itu dengan serangan menggunakan kecerdasan buatan (AI), memandangkan perisian pengintip telah lama digunakan untuk menyasarkan telefon.
“Bagaimanapun, perkara ini sememangnya amat membimbangkan kami,” katanya.
Perisian pengintip ialah sejenis perisian hasad yang dipasang pada komputer atau telefon pintar tanpa pengetahuan atau persetujuan pengguna untuk mengumpul maklumat sebelum menghantarnya kepada pihak ketiga.
Sesetengah perisian pengintip turut mengeksploitasi kelemahan keselamatan pada perisian yang tidak dikemas kini.
- Bernama-dpa
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/06/d078ffb80d752317cac874867cb3c441.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.