‘Keluarkan cecair nikotin daripada Senarai Racun' - Adakah kita ulangi kesilapan sama?’
Pejuang kesihatan awam mahu Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad supaya tampil menjelaskan dakwaan cadangan kementerian itu untuk sekali lagi mengecualikan cecair nikotin yang digunakan dalam produk vape daripada Senarai Racun, kurang setahun selepas Mahkamah Tinggi memutuskan pengecualian itu sebagai tidak sah.
Desakan untuk mendapatkan penjelasan itu dibuat selepas portal kesihatan CodeBlue semalam melaporkan bahawa "perintah pengecualian" oleh Dzulkefly bagi bahan ketagihan berkenaan disokong oleh Lembaga Racun, yang dikatakan menjalankan undian rahsia berhubung perkara itu.
Perintah yang didakwa itu, jika digazetkan, bercanggah dengan pendirian Dzulkefly sebelum ini yang menyokong pengharaman produk vape, dengan menteri itu pada Ogos 2025 berkata, bahawa satu memorandum kabinet akan dibentangkan menjelang akhir tahun lalu.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-121026-27_140948.jpg)
Dalam satu kenyataan hari ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata Dzulkefly sepatutnya memperjelaskan pendiriannya berhubung perkara itu, sambil mempersoalkan mengapa kerajaan seia mempertimbangkan langkah yang membolehkan penjualan berterusan produk vape mengandungi nikotin sedangkan sebelum ini, ia bersungguh-sungguh mahu mengharamkannya.
Presiden MMA, Dr L Sivanaesan membangkitkan bahawa pada 2023, kerajaan telah meneruskan pengecualian cecair nikotin daripada Senarai Racun walaupun mendapat bantahan daripada Lembaga Racun.
Pada Mei tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan semakan kehakiman yang dibawa oleh tiga NGO terhadap menteri kesihatan ketika itu Dr Zaliha Mustafa dan kerajaan berhubung keputusan 2023 yang mengeluarkan produk cecair dan gel nikotin daripada senarai racun terjadual.
Hakim Mahkamah Tinggi Aliza Sulaiman mendapati bahawa kerajaan, menerusi Kementerian Kesihatan, telah bertindak secara tidak sah dan tidak rasional dalam langkah yang utamanya didorong oleh pertimbangan kewangan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/05/d88dae705e8f9896958459bbb9ae24f9.jpg)
“Adakah kita kini menuju ke haluan yang sama lagi? Adakah kita meletakkan kesihatan rakyat Malaysia di tempat pertama, atau adakah kepentingan komersial dan hasil cukai mengambil tempat utama?” soal Sivanaesan hari ini.
Dia menekankan bahawa walaupun landskap kawal selia telah berubah dengan berkuat kuasanya Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, risiko kesihatan awam tetap ada, dengan kerajaan memikul tanggungjawab untuk melindungi kesejahteraan generasi masa depan.
Sambil menegaskan bahawa "kawalan sahaja tidak mencukupi" kerana sasaran akhir Putrajaya sepatutnya adalah pengharaman menyeluruh produk vape, pakar kesihatan itu menyuarakan kebimbangan berhubung masalah produk itu bercampur dadah yang semakin meningkat di Malaysia.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/12/f228b3bfac2ce10b90ba02458dde4a2e.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.