Rayer - Kelewatan inkues Durian Tunggal boleh cetus kebimbangan penutupan kes
Anggota parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer memberi amaran kepada Putrajaya bahawa kelewatan memulakan inkues terhadap kes tembakan mati tiga lelaki oleh polis di Durian Tunggal, Melaka, boleh mencetuskan persepsi awam mengenai percubaan menutup kes.
Ini susulan jawapan bertulis parlimen oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail semalam, yang menafikan kerajaan sengaja melengah-lengahkan inkues berkenaan.
Sebagai maklum balas, Rayer berkata kelewatan itu akan dilihat oleh orang ramai dan keluarga mangsa sebagai percubaan untuk menyembunyikan perkara sebenar yang berlaku semasa kejadian tembakan tersebut.
Apabila ditanya oleh Malaysiakini sama ada dia akan membangkitkan kebimbangannya ke peringkat lebih tinggi, Rayer berkata, "Ya sudah tentu saya akan buat. Terutamanya di Parlimen."
Pada 24 Nov tahun lepas, polis menembak mati M Puspanathan, T Poovaneswaran dan G Logeswaran, berumur antara 24 hingga 29 tahun.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/12/6e5fbc4cfe62573612ab09bc797f0549.jpg)
Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar mempertahankan tindakan tembakan itu dengan mendakwa salah seorang daripada lelaki berkenaan menyerang dan mecederakan seorang pegawai polis menggunakan parang.
Walau bagaimanapun, keluarga mangsa mempertikaikan kenyataan polis selepas satu rakaman audio, yang didakwa merupakan panggilan telefon yang dibuat oleh salah seorang lelaki tersebut semasa kejadian, muncul dan menimbulkan persoalan serius sama ada ketiga-tiga mereka dibunuh dengan kejam.
Bantahan awam terhadap pembunuhan itu akhirnya mendorong Bukit Aman membuka siasatan kes bunuh. Selepas semakan kertas siasatan, Jabatan Peguam Negara memerintahkan inkues dijalankan pada Julai.
Secara berasingan, peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili keluarga mangsa menyifatkan jawapan Saifuddin sebagai "alasan" dan "tindakan lepas tangan".
Dalam satu kenyataan, dia mempersoalkan mengapa tiada sesiapa yang dituduh walaupun Jabatan Peguam Negara mengarahkan pembunuhan itu disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Di mana siasatan pembunuhan itu? Mengapa tiada sesiapa yang dituduh?" soalnya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/12/dd295690f084b47a14dfdd951d8d66ef.jpg)
Rajesh mengulangi desakan keluarga mangsa untuk pendakwaan dan bukannya inkues, dengan berhujah bahawa mereka berhak mendapat jawapan dan kebertanggungjawaban berhubung kematian tersebut.
"Inkues bukan pengganti perbicaraan kes bunuh, dan ia tidak boleh dijadikan alat untuk melengah-lengahkan masa," tambahnya.
BACA LANJUT: Peguam kata tak perlu inkues, saran AG dakwa atau letak jawatan
Desakan keluarga mangsa untuk kebertanggungjawaban semakin kuat selepas laporan bedah siasat dikeluarkan pada 7 Julai, yang dilihat menyokong versi kejadian pihak mereka.
Laporan itu mendapati dua daripada lelaki berkenaan ditembak di kepala, manakala lelaki ketiga mengalami luka tembakan jarak dekat di dada dengan peluru menghala ke bawah.
Sebagai maklum balas kepada dapatan itu, Rajesh berkata keluarga mangsa mahu semua pegawai polis yang terlibat dalam tembakan berkenaan ditangkap dan direman atas dakwaan membunuh.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/07/3b5bac11a98411554941e72b1543d51a.jpg)
Kes ini turut mendorong desakan berulang kali daripada ahli-ahli parlimen supaya siasatan disegerakan dan pihak yang bertanggungjawab didakwa.
Antara mereka, Menteri Digital Gobind Singh Deo menggesa Peguam Negara Dusuki Mokhtar menjelaskan kelewatan dalam menegakkan keadilan.
Gobind, yang juga pengerusi kebangsaan DAP, menarik perhatian bahawa walaupun polis mengklasifikasikan semula kes itu sebagai pembunuhan pada Disember tahun lepas, tiada tindakan undang-undang diambil selepas lebih lapan bulan kejadian berlaku.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-121026-46_338724.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.