Jais syor hantaran berkaitan Aliff Daniel diturunkan
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggesa orang ramai menurunkan hantaran media sosial masing-masing yang berkaitan Aliff Daniel Adli susulan pengakuan bersalah dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad, Aliff Daniel mengaku bersalah atas perbuatannya pada 4 Nov lalu dan dihukum memasuki pusat pemulihan akidah selama tiga bulan oleh mahkamah.
Katanya, Aliff Daniel bersama ibu dan adiknya turut melakukan pengisytiharan taubat pada 5 Nov.
Sehubungan itu, Shahzihan berkata, Jais amat berharap hantaran berkaitan Aliff Daniel yang tersebar di media sosial – khususnya yang berada di luar kawalan mereka – dapat diturunkan segera.
"Syor ini dibuat bagi memberi sokongan kepada Aliff Daniel dan keluarga yang telah pun kembali ke pangkal jalan dan mahu mengikuti jalan Islam yang sebenar dengan tenang tanpa jejak digital yang memberi gambaran buruk kepada Aliff Daniel, keluarga, pihak berkuasa agama, umat Islam dan Islam," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Shahzihan berkata orang ramai juga perlu bersangka baik sesama Islam, menjaga maruah saudara seagama dan bersama-sama mewujudkan persekitaran yang menyokong usaha Aliff Daniel, keluarga serta umat Islam seluruhnya.
Shahzihan berkata usaha itu penting bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan dengan tenang tanpa dibayangi jejak digital berkaitan peristiwa berkenaan.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-05112026-52_223529.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.