Empat hari tertangguh, Najib mula jalani tahanan rumah
Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, pada malam 10 Nov untuk menjalani baki hukuman penjara kes SRC International secara tahanan rumah, selepas pelaksanaannya tertangguh sejak 6 Nov.
Najib, 73, tiba kira-kira 9.27 malam tadi dengan menaiki Proton X70, diiringi sembilan kenderaan Jabatan Penjara.
Beberapa penyokong yang menunggu di luar kediaman itu menyambut ketibaannya dengan laungan "bossku".
Polis mengawal ketat laluan di sekitar kediaman berkenaan, yang diwartakan sebagai penjara pada 6 Nov.
/file/attachments/orphans/5353454_502916.jpg)
Hampir 100 pengamal media berkumpul sejak pagi semalam bagi mengikuti perkembangan bekas presiden Umno itu.
Pelaksanaan tahanan rumah Najib sebelum ini tertangguh sementara Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti tafsiran perintah pengampunan bersyarat dan kesan perintah pelepasannya.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di kediamannya sehingga 23 Ogos 2028, berkuat kuasa serta-merta.
Hakim Aslam Zainuddin mengeluarkan perintah baru itu selepas membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda bertarikh 6 Nov yang dikeluarkan Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi.
/file/attachments/orphans/najib1dd_304231.jpg)
Dalam penghakimannya, Aslam berkata dia telah membaca perintah pengampunan bersyarat, bukti pembayaran penuh denda, perintah terdahulu dan dokumen lain yang berkaitan.
"Dengan ini, mahkamah membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda bertarikh 6 Nov 2026 dan digantikan sepenuhnya dengan perintah dalam permohonan.
"Selaras dengan Perintah Pengampunan Bersyarat dalam kes SRC International Sdn Bhd, tertuduh hendaklah menjalani baki hukuman penjara enam tahun yang telah dikurangkan itu secara tahanan di rumah di alamat No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta hingga 23 Ogos 2028," katanya.
Najib dispekulasikan kembali ke Penjara Kajang pada 24 Ogos 2028 bagi menjalani hukuman penjara berasingan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bagaimanapun, bekas presiden Umno itu sedang merayu sabitan dan hukuman dalam kes 1MDB tersebut.
/file/attachments/orphans/najibrazak1_740838.png)
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kementeriannya sentiasa menghormati dan menjunjung tinggi keputusan pengampunan diraja yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
"Setiap keputusan yang dibuat melalui saluran Perlembagaan hendaklah dihormati dan dilaksanakan menurut undang-undang," katanya pada kenyataan semalam.
Dia berkata kelewatan pelaksanaan tahanan rumah Najib sebelum ini berpunca daripada persoalan undang-undang berkaitan tafsiran perintah pengampunan bersyarat serta kesan perintah pelepasan bertarikh 6 Nov.
"Keputusan Mahkamah Tinggi pada hari ini (10 Nov) telah menjelaskan persoalan ini," katanya.
Saifuddin berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghormati pendirian Jabatan Peguam Negara supaya persoalan itu diperjelaskan melalui proses kehakiman bagi memastikan tindakan kerajaan mempunyai asas perundangan yang jelas, teratur dan sah.
"Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya menegaskan bahawa tanggungjawab KDN dan Jabatan Penjara adalah memastikan setiap keputusan berkaitan pelaksanaan hukuman dan tahanan dilaksanakan berdasarkan undang-undang serta arahan mahkamah yang sah," katanya.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/NajibRazak2_998141.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.