Buat pertama kali selepas mula menyertai pilihan raya negeri (PRN) Sarawak pada 2001, PAS memilih untuk tidak bertanding kali ini.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain.

Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS

"PAS akan terus memberikan komitmen terhadap usaha memperkukuh perpaduan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, selaras dengan dasar serta prinsip perjuangan parti," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

PRN Sarawak dijadualkan berlangsung pada 12 Dis depan. Sebanyak 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada pilihan raya tersebut.

Terdahulu Barisan Nasional (BN) turut mengumumkan partinya tidak akan menyertai PRN Sarawak kali ini.

PAS mula bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada PRN 2001 dengan meletakkan tiga calon dan tidak pernah memenangi sebarang kerusi.

Calon PAS di Beting Maro, Arif Paijo pada 2021

Penyertaan terakhir PAS dalam PRN 2021 dengan bertanding di kerusi Beting Maro yang mempunyai majoriti pengundi Melayu-Melanau, namun tewas kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan majoriti 1,711 undi.

Keputusan diambil PAS itu dilihat sebahagian daripada usaha Perikatan Nasional (PN) untuk menawan Putrajaya pada PRU ke-16 nanti.

Selepas PRU ke-15 lalu, GPS yang menerajui Sarawak pada pada mulanya sokong PN untuk membentuk kerajaan persekutuan sebelum metukar pendirian selepas Yang di-Pertuan Agong menitahkan penubuhan kerajaan perpaduan.PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2026 selepas mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain.