Lukisan tersimpan dalam almari selama 40 tahun dilelong hampir AS$5 juta
Sebuah lukisan landskap karya pelukis AS, Georgia O'Keeffe, yang tersimpan di dalam almari selama hampir empat dekad akhirnya ditemukan semula sebelum dilelong pada harga US$4.87 juta di New York, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Lukisan bertajuk Near Abiquiu, New Mexico I yang dihasilkan pada 1930 itu dijual pada harga AS$4.87 juta.
Pemilik lukisan berkenaan menerimanya sebagai hadiah daripada ibunya yang membeli karya itu pada 1963 dengan harga US$3,800.
Lukisan itu digantung di kediaman anak perempuannya di New York selama lebih 20 tahun sebelum disimpan pada pertengahan 1980-an selepas pemiliknya menyedari seorang tetamu yang juga ahli kelab permainan kad ‘bridge’ merenung lukisan itu dengan begitu teliti.
Pada 2026, pemilik berkenaan meminta anak saudaranya membantu mengemas dan menyusun barang-barang miliknya, sambil memberitahu mengenai kewujudan lukisan itu.
Anak saudaranya kemudian menemukan lukisan berkenaan di dalam sebuah kotak kayu yang tersimpan di sebalik puluhan helai kot.
Tidak lama selepas itu, pemilik lukisan berkenaan meninggal dunia dan anak saudaranya menghubungi firma lelong Christie’s.
Sebelum penemuan itu, ahli sejarah seni tidak mengetahui keberadaan lukisan berkenaan, yang kewujudannya hanya diketahui menerusi sekeping foto yang dirakam pada 1931.
Georgia O'Keeffe (1887–1986) dianggap sebagai antara tokoh utama aliran seni moden Amerika.
Beliau terkenal dengan lukisan bunga bersaiz besar, bangunan pencakar langit New York serta landskap New Mexico, tempat beliau menetap sejak 1949.
-Bernama - Sputnik / Ria Novosti
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/435635345_626022.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.