10 Adun angkat sumpah exco Melaka, Ab Rauf pegang lima portfolio penting
Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Melaka hari ini, termasuk lima muka baharu.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia yang berlangsung pada 2.45 petang itu diadakan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Seri Negeri, Ayer Keroh.
Hadir sama isteri Yang Dipertua Negeri Melaka Asmah Abd Rahman, Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dan isteri Zuriyah Ab Aziz.
/file/attachments/orphans/melaka14_744166.jpg)
Ab Rauf berkata muka baharu tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek Mohd Ridhwan Mohd Ali yang memegang portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi dan TVET, Adun Kelebang Lim Ban Hong (Kesihatan dan Modal Insan) dan Adun Gadek S Nadarajah (Belia, Sukan dan NGO).
"Selain itu, Adun Rim Khaidhirah Abu Zahar (Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Adun Bukit Katil Muhammad Ridzuan Mohd Sarif (Pertanian, Alam Sekitar dan Pengurusan Bencana)," katanya selepas majlis istiadat tersebut di Melaka hari ini.
Ab Rauf berkata lima Adun dikekalkan iaitu Adun Merlimau Dr Muhammad Akmal Saleh (Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital), Adun Sungai Udang Rais Yasin (Agama, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup) dan Adun Telok Mas Abdul Razak Abdul Rahman (Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Desa).
"Ia juga membabitkan Adun Asahan Fairul Nizam Roslan (Pelancongan, Warisan, Budaya dan Perpaduan) serta Adun Ayer Limau Hameed Mytheen Kunju Basheer (Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti).
"Saya pula menyandang portfolio Perancangan Ekonomi, Kewangan, Tanah, Pelaburan dan Industri," katanya.
/file/attachments/orphans/melaka1_934967.jpg)
Dalam perkembangan sama, Ab Rauf berkata dua Adun dilantik sebagai Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Tanah, Pelaburan dan Industri iaitu Adun Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Tugas-tugas Khas) dan Adun Machap Jaya Ngwe Hee Sem (Pelaburan dan Industri).
Beliau berkata Adun Rembia Ahmad Norazril Abd Aziz pula sebagai Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Adun Lendu Abdul Hakim Abdul Wahid (Timbalan Exco Agama, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup) dan Adun Durian Tunggal Mustafa Musa (Timbalan Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti).
"Adun Pengkalan Batu Siti Aisyah Mahmood (Timbalan Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Adun Kuala Linggi Rosli Abdullah (Timbalan Exco Pertanian, Alam Sekitar dan Pengurusan Bencana), Adun Sungai Rambai Jezlee Pit (Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Desa).
"Adun Serkam Azman Abdullah (Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Budaya dan Perpaduan), Adun Pantai Kundor Tuminah Kadi @ Mohd Hashim (Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan TVET), Adun Taboh Naning Zulkifli Mohd Zin (Timbalan Exco Kesihatan dan Modal Insan) dan Adun Paya Rumput Rafie Ahmad (Timbalan Exco Belia, Sukan dan NGO)," katanya.
/file/attachments/orphans/melaka155_136564.jpg)
Beliau turut mengumumkan Adun Bemban Dr Mohd Yadzil Yaakub sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka manakala Speaker DUN akan diputuskan kemudian.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 Sabtu lepas, BN dan PN menang 24 daripada 28 kerusi dipertandingkan sekali gus membentuk kerajaan negeri.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/melaka13_809869.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.