Skandal Nvidia: Alice Huang berhubungan dengan perisik China
Alice Huang, wanita warga China yang menjadi tumpuan dalam skandal Nvidia, berhubungan dengan seorang pegawai daripada agensi perisikan tertinggi China selama lebih setahun ketika menjalin hubungan sulit dengan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu, Jensen Huang, lapor New York Times.
Menurut laporan tersebut yang memetik sumber yang mengetahui mengenai laporan perisikan berhubung pertemuan itu, Alice berhubung dengan seorang pegawai daripada Kementerian Keselamatan Negara China sejak musim bunga 2025 hingga musim luruh tahun ini.
Jurucakap kepada Jensen enggan mengulas perkara berkenaan. Wakil daripada Nvidia dan kedutaan China di Washington pula tidak segera memberi maklum balas terhadap permohonan untuk mendapatkan ulasan.
Menurut Reuters, ia setakat ini gagal menghubungi Alice bagi mendapatkan komen.
Alice sebelum ini menerajui Megaspeed International yang berpangkalan di Singapura, sebuah syarikat pelanggan utama Nvidia yang pernah menyumbang berbilion dolar dalam jualan cip syarikat gergasi teknologi itu.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyiasat Megaspeed sejak 2024 susulan kebimbangan bahawa syarikat terbabit menyeludup cip kecerdasan buatan (AI) canggih keluaran Nvidia ke China.
Laporan pada Ahad itu muncul ketika pegawai AS menyuarakan keraguan terhadap dakwaan awal bahawa Alice merupakan seorang perisik, seperti yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan bulan lalu.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/PresidentandCEOofNVIDIAJensenHuang1011262_161229.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.